Anda perlu melayari laman web https://pay.selangkah.my/ untuk pendaftaran dan memuat naik dokumen yang tersenarai dalam https://pay.selangkah.my/document-checklist/.
Jenis perniagaan yang berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan.
Permohonan akan diproses dalam tempoh 4 hari bekerja sekiranya semua maklumat dan dokemen adalah lengkap. Bagi permohonan yang melibatkan POS Terminal, tempoh masa pemprosesan dan pemasangan POS terminal adalah 7 hari bekerja.
Sila rujuk kepada https://pay.selangkah.my/merchant-rate/.
Tempoh kontrak “Lease to Own Model” adalah 2 tahun.
1.Tahun pertama semasa pendaftaran: bayaran pendahuluan RM1606 (POS Terminal dan pemasangan) bagi setiap POS Terminal.
2.Tahun kedua: RM1056 bagi setiap POS Terminal.
Selepas 2 tahun, POS Terminal akan menjadi hakmilik penuh anda. Sekiranya anda ingin menamatkan penggunaan POS Terminal sebelum tempoh kontrak tamat, anda dikehendaki untuk memulangkan POS Terminal kepada pihak KiplePay. Sebarang pembayaran tidak akan dikembalikan. Penyelenggaraan POS Terminal tersedia sepanjang tempoh kontrak.
Tempoh penyelesaian jualan adalah T+2 (2 hari bekerja selepas transaksi). Jumlah penyelesaian adalah jumlah selepas penolakan Kadar Pedagang daripada jumlah kasar.
Pihak KiplePay akan memproseskan penyelesaian jualan bagi transaki pelbagai E-Wallet manakala pihak PayDee akan memproseskan penyelesaian jualan bagi transaksi Kad Kredit dan Kad Debit.
Anda boleh menghubungi pihak KiplePay melalui [email protected] bagi soalan yang berkenaan dengan permohonan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan selain daripada pertanyaan permohonan, anda boleh menghubungi pihak Selangkah melalui:
Emel: [email protected]
Hotline: 1-800-22-660
Sila rujuk kepada tutorial video yang berikut: https://www.youtube.com/watch?v=nmH1MFwIsTw
Sila rujuk kepada tutorial video yang berikut: (External) Nexgo N3 Card Payment Quick User Guide_v1.mp4