Soalan lazim

  1. Selangkah BIZ – membolehkan peniaga menerima pembayaran daripada pelbagai E-Wallet dalam satu aplikasi pedagang seperti KiplePay, Selangkah, Boost, TnG, GrabPay, AliPay dan WeChat Pay (CN).
  2. Selangkah Wallet – memudahkan transaksi pembayaran Selangkah Wallet untuk pengguna dan peniaga melalui kod QR.

Anda perlu melayari laman web https://pay.selangkah.my/ untuk pendaftaran dan memuat naik dokumen yang tersenarai dalam https://pay.selangkah.my/document-checklist/.

Jenis perniagaan yang berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Permohonan akan diproses dalam tempoh 4 hari bekerja sekiranya semua maklumat dan dokemen adalah lengkap. Bagi permohonan yang melibatkan POS Terminal, tempoh masa pemprosesan dan pemasangan POS terminal adalah 7 hari bekerja.

Tempoh kontrak “Lease to Own Model” adalah 2 tahun.

1.Tahun pertama semasa pendaftaran: bayaran pendahuluan RM1606 (POS Terminal dan pemasangan) bagi setiap POS Terminal.

2.Tahun kedua: RM1056 bagi setiap POS Terminal.

Selepas 2 tahun, POS Terminal akan menjadi hakmilik penuh anda. Sekiranya anda ingin  menamatkan penggunaan POS Terminal sebelum tempoh kontrak tamat, anda dikehendaki  untuk memulangkan POS Terminal kepada pihak KiplePay. Sebarang pembayaran tidak akan dikembalikan. Penyelenggaraan POS Terminal tersedia sepanjang tempoh kontrak.

Tempoh penyelesaian jualan adalah T+2 (2 hari bekerja selepas transaksi). Jumlah penyelesaian adalah jumlah selepas penolakan Kadar Pedagang daripada jumlah kasar.

Pihak KiplePay akan memproseskan penyelesaian jualan bagi transaki pelbagai E-Wallet manakala pihak PayDee akan memproseskan penyelesaian jualan bagi transaksi Kad Kredit dan Kad Debit. 

Anda boleh menghubungi pihak KiplePay melalui [email protected] bagi soalan yang berkenaan dengan permohonan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan selain daripada pertanyaan permohonan, anda boleh menghubungi pihak Selangkah melalui:

Emel: [email protected]

Hotline: 1-800-22-660