Panduan Pendaftaran

Langkah Pertama: Pendaftaran

Bagi mengelakkan kelambatan dalam meluluskan pendaftaran anda, sila memastikan bahawa butiran pendaftaran adalah betul dan semua dokumen sokongan yang diperlukan adalah lengkap.

Sila merujuk kepada Kadar Pedagang bagi caj transaksi yang berkenaan.

Bagi dokumen sokongan yang diperlukan, sila merujuk kepada Senarai Dokumen.

Dalam proses pendaftaran ini, anda bersetuju dengan Syarat Pedagang, Kadar Pedagang dan Dasar Privasi yang dipaparkan.

Langkah Kedua: Pengesahan

Pihak KiplePay akan memproseskan pendaftaran dan menghubungi anda sekiranya terdapat dokumen atau maklumat yang tidak lengkap.

Pendaftarann anda akan diproseskan dan diluluskan dalam 4 hari bekerja jika semua butiran dan dokumen adalah lengkap.

Langkah Ketiga: Kelulusan

Bagi pendaftaran Selangkah Wallet, anda akan menerima satu emel daripada pihak KiplePay yang mengandungi butiran log masuk Portal Pedagang.

Dalam Portal Pedagang ini, anda boleh muat turun Kod QR Statik bagi penerimaan bayaran melalui Selangkah Wallet.

Bagi pendaftaran Selangkah BIZ, anda akan menerima satu emel daripada pihak KiplePay yang mengandungi butiran log masuk Portal Pedagang dan Activation Code.

Sila muat turun aplikasi Selangkah BIZ dengan telefon Android (versi 5.0 dan keatasnya). Anda boleh merujuk kepada tutorial ini yang memaparkan cara menggunakan aplikasi Selangkah BIZ. Dengan aplikasi ini, anda boleh menerima bayaran melalui KiplePay Wallet, Selangkah Wallet dan pelbagai E-Wallet.

Penyelesaian jualan bagi semua transaksi adalah T+2 (2 hari bekerja selepas hari transaksi). Jumlah penyelesaian adalah jumlah selepas penolakan Kadar Pedagang daripada jumlah kasar.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila menghubungi kami melalui:
Emel: [email protected]
Hotline: 1-800-22-660